Wednesday, December 5, 2012

Honda City SX8 - Stabilizer Replacement

Selain daripada sistem suspensi, kebanyakkan kenderaan juga dilengkapi dengan sistem pengimbang (stabilizer). 

Info berkenaan stabilizer. 

Stabilizer merupakan sebahagian daripada sistem suspensi. Yang mana sistem ini adalah untuk mengelakkan kereta daripada "rolling" atau kita panggil "membuang" apabila mengambil selekoh tajam. 

Berikut adalah contoh mudah. Apabila kita mengambil selekoh, badan kita seolah-olah ditarik arah luar. Sebenarnya apa yang kita rasa berlaku juga pada semua bahagian kereta. Sebahagian daripada kereta di luar pula mendapat ditolak ke arah jalan raya dan sebahagian daripada kereta di bahagian dalam pula akan naik ke arah luar. Sila rujuk gambar dibawah :-


Gambar keadaan kereta bila mengambil selekoh.


Fenomena kereta "membuang" sebenarnya tidak baik dan berbahaya. Oleh itu, stabilizer amat penting bagi memastikan kereta untuk kekal rata di selekoh supaya berat kenderaan dapat diagihkan secara sama rata pada semua empat tayar. Sesetengah Honda SX8 ada dilengkapi dengan Front Strut Bar atau boleh upgrade . Cuma perlu tepuk dada dan tanya poket masing-masing.

Amat penting sistem "stabilizer" yang dipilih berkualiti. Salah satu brand yang agak ok yang ada di market Malaysia untuk Honda SX-8 adalah Ultra Racing. Untuk info lanjut berkenaan dengan produk ini boleh klik pada link ini -> Ultra Racing Honda City SX8.

Berikut adalah harga anggaran dan tidak termasuk upah pasang. (Harga sebenar mungkin lagi rendah atau tinggi bergantung kepada pengedar)



Nota : Penulis tidak menerima komisyen dari syarikat ini tapi berdasarkan kepada pengalaman produk yang telah digunakan pada kereta penulis. Cuma berhati-hati dengan produk tiruan.


Selain daripada itu, terdapat juga sistem stabilizer sedia ada yang terpasang pada Honda City SX8. Bahagian yang boleh diganti adalah adalah stabilizer rubber yang terdapat berdekatan front lower arm. Stabilizer rubber di bahagian ini biasanya telah menjadi keras setelah lama. Kita boleh tahu bahagian ini menjadi keras apabila kereta melalui bumper dan terasa terhentak keras. Tapi setelah stabilizer rubber ini diganti, tiada lagi bunyi terhentak dan pemanduan menjadi lebih selesa.

Berikut adalah harga anggaran bagi stabilizer rubber tidak termasuk upah.

1. RUBBER A, STABILIZER (Part No. 51314-SJ8-000) - RM 8.00 x 4 units x 2 side = RM 64.00




Orait...

No comments:

Post a Comment