Friday, November 23, 2012

Honda City SX8 - Steering Tie Rod repair

Kenderaan dikawal menggunakan steering dimana untuk memusingkan tayar bahagian steering disambung dengan bahagian tayar hadapan untuk dipusing ke kiri dan ke kanan atau dinamakan sebagai steering tie rod. 

Tanda-tanda lazim kerosakan pada steering tie rod adalah bila kereta melalui jalan tidak rata akan terdapat satu bunyi longgar "kluk kluk kluk". Tapi bila melalui jalan biasa pula tiada bunyi kedengaran.   

Kerosakan pada steering tie rod sebenar amat berbahaya. Bahagian yang bersambung pada tayar kenderaan akan tercabut dan kenderaan tidak boleh di kawal sama sekali. (Pengalaman dengan seorang kawan yang tayar keretanya terpesong terus semasa mengambil selekoh, mujurlah tiada kenderaan dari hadapan).

Kerosakan yang berlaku kebiasaanya disebabkan oleh "wear and tear" pada bahagian ball joint setelah lama kereta digunakan. Berikut adalah barangan yang diperlukan kalau repair steering tie rod.

1. P.Steering Tie Rod -
   = Tie rod end : Part No.  53010-SX8-T01
   = C.B Joint : Part No. 53540-SX8-T01
2. Rubber Boot : Part No. 53534-SR3-N52


Kos anggaran pembaikan pula nanti di Update sebab kena cari resit dulu :)

Kalau hendak tukar perlu tukar sepasang. Jangan tukar sebelah.. Semasa hantar pada mekanik, sila pastikan yang mekanik buka skru pada lower Arm menggunakan tangan. Kalau menggunakan spanar tekanan angin mungkin boleh menyebabkan skru pengikat lower arm ke body longgar. Kalau dah longgar akibatnya kena belah body dan welding balik nut sebelah dalam body.

orait.. Nak cari resit dulu.. nanti update balik...





3 comments:

  1. sedang menghadapi masalah nie....blm lg pi tye kat workshop brape kos....
    Aggaran dlm brape boss?

    ReplyDelete
  2. Kejap tuan... Resit masih dalam pencarian...

    ReplyDelete
  3. Klu bunyi nyet2 msa naik bonggol jln ape mslah ya ek? Absober dah tukar tp tetap bunyi

    ReplyDelete