Air-Cond atau penghawa dingin merupakan satu keperluan bagi kenderaan masa kini terutamanya di Malaysia yang cuacanya memang panas. Selain daripada menyejukan semasa cuaca panas, penghawa dingin juga berfungsi untuk mengelakkan wap air terjadi di bahagian dalam cermin kenderaan semasa hujan.
Berikut adalah sesuatu sistem bagi sesebuah kenderaan :-
Sistem penghawa dingin terbahagi beberapa bahagian utama.
Compressor (Pemampat) :
Menukarkan gas (HFC134A) (Tekanan Rendah) di dalam sistem kepada cecair (Tekanan Tinggi). Untuk lebih mudah konsepnya adalah seperti pemetik api (Lighter). Cecair dalam pemetik api merupakan gas yang dimampatkan dalam tekanan tinggi.
Compressor bagi Honda SX8 dipacu menggunakan kuasa enjin. Terbahagi kepada 3 bahagian utama iaitu compressor, coil dan clutch. Apabila suhu di dalam kereta menjadi tinggi, coil akan berfungsi menghasilkan medan magnet yang akan menarik clutch compressor untuk menjalankan compressor.
Condenser (Kondenser) :
Menyejukan cecair yang terhasil akibat oleh proses mampatan.
Receiver Dryer (Pengering) :
Membuang air di dalam sistem penghawa dingin.
Expension Valve :
Menukarkan bahagian yang bertekanan tinggi kepada rendah (bentuk cecair kepada gas). Konsep mudah seperti pemetik api tadi, bila kita tekan, gas akan keluar. Lagi lama kita tekan kita akan merasas suhu pemetik api menjadi semakin sejuk.
Evaporator atau cooling coil:
Menyerap haba dari dalam kereta. Lokasi bagi honda sx8 terletak di bahagian depan penumpang (bawah dashboard). Haba yang diserap akan diganti dengan udara sejuk yang akan ditiup masuk ke dalam kereta menggunakan blower.
Berikut adalah bahagian-bahagian yang biasa rosak disebabkan oleh wear and tear. Disertakan bersama dengan part number dan anggaran harga pembaikan.
1. Compressor (38810-P28-A02 - Sanden) = RM 150 - 300 (Used) , RM 600 - 900 (New)
2. Coil (38924-P2C-K01) and clutch (38900-P3R-T01) = RM 260.00 (New)
3. Receiver dryer (80351-S04-003 - SHOWA) = RM 60.00 (New)
4. Evaporator (80210-SX8-T01) = RM 250.00 (baru)
5. Expension Valve (80220-ST7-A02) = RM 90.00 (New)
6. Top Up Gas = RM 60.00
7. Labour Charge (Upah) = RM 40.00 - 80.00 (Bergantung pada kerosakan)
Untuk baiki penghawa dingin biasanya hanya dilakukan oleh pekerja terlatih. D.I.Y hanya jika anda seorang yang terlatih dan mempunyai kelengkapan yang cukup.
*Info tambahan*
Buka tingkap dan jangan buka penghawa dingin terlebih dahulu . Ini kerana sesetengah material (plastik) di dalam kenderaan boleh menghasilkan wap benzene dan wap-wap lain yang mempunyai karsinogen. Karsinogen boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan terutamanya kanser dan lain-lain.
Thanx Boss...maaf coz sye syer boss pye info kat group nie.... http://www.facebook.com/groups/301349103219542/
ReplyDeleteOrait.. Kalu salah minta tolong perbetul..
DeleteGood info..
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteTerima kasih.
ReplyDeletePenerangan yg jelas dan maklumat tentang harga utk setiap component tu sgt bermanfaat