Sunday, November 25, 2012

Honda City SX8 - Air Conditioner Unit

Air-Cond atau penghawa dingin merupakan satu keperluan bagi kenderaan masa kini terutamanya di Malaysia yang cuacanya memang panas. Selain daripada menyejukan semasa cuaca panas, penghawa dingin juga berfungsi untuk mengelakkan wap air terjadi di bahagian dalam cermin kenderaan semasa hujan.

Berikut adalah sesuatu sistem bagi sesebuah kenderaan :-



Sistem penghawa dingin terbahagi beberapa bahagian utama.

Compressor (Pemampat) :
Menukarkan gas (HFC134A) (Tekanan Rendah) di dalam sistem kepada cecair (Tekanan Tinggi). Untuk lebih mudah konsepnya adalah seperti pemetik api (Lighter). Cecair dalam pemetik api merupakan gas yang dimampatkan dalam tekanan tinggi.

Compressor bagi Honda SX8 dipacu menggunakan kuasa enjin. Terbahagi kepada 3 bahagian utama iaitu compressor, coil dan clutch. Apabila suhu di dalam kereta menjadi tinggi, coil akan berfungsi menghasilkan   medan magnet yang akan menarik clutch compressor untuk menjalankan compressor. 

Condenser (Kondenser) : 
Menyejukan cecair yang terhasil akibat oleh proses mampatan.

Receiver Dryer (Pengering) :
Membuang air di dalam sistem penghawa dingin. 

Expension Valve :
Menukarkan bahagian yang bertekanan tinggi kepada rendah (bentuk cecair kepada gas). Konsep mudah seperti pemetik api tadi, bila kita tekan, gas akan keluar. Lagi lama kita tekan kita akan merasas suhu pemetik api menjadi semakin sejuk.

Evaporator atau cooling coil:
Menyerap haba dari dalam kereta. Lokasi bagi honda sx8 terletak di bahagian depan penumpang (bawah dashboard). Haba yang diserap akan diganti dengan udara sejuk yang akan ditiup masuk ke dalam kereta menggunakan blower.


Berikut adalah bahagian-bahagian yang biasa rosak disebabkan oleh wear and tear. Disertakan bersama dengan part number dan anggaran harga pembaikan.

1. Compressor (38810-P28-A02 - Sanden) = RM 150 - 300 (Used) , RM 600 - 900 (New)
2. Coil (38924-P2C-K01) and clutch (38900-P3R-T01) = RM 260.00 (New)
3. Receiver dryer (80351-S04-003 - SHOWA) = RM 60.00 (New)



4. Evaporator (80210-SX8-T01) = RM 250.00 (baru)
5. Expension Valve (80220-ST7-A02) = RM 90.00 (New)



6. Top Up Gas = RM 60.00
7. Labour Charge (Upah) = RM 40.00 - 80.00 (Bergantung pada kerosakan)


Untuk baiki penghawa dingin biasanya hanya dilakukan oleh pekerja terlatih. D.I.Y hanya jika anda seorang yang terlatih dan mempunyai kelengkapan yang cukup.



*Info tambahan*

Buka tingkap dan jangan buka penghawa dingin terlebih dahulu . Ini kerana sesetengah material (plastik) di dalam kenderaan boleh menghasilkan wap benzene dan wap-wap lain yang mempunyai karsinogen. Karsinogen boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan terutamanya kanser dan lain-lain.

Friday, November 23, 2012

Honda City SX8 - Steering Tie Rod repair

Kenderaan dikawal menggunakan steering dimana untuk memusingkan tayar bahagian steering disambung dengan bahagian tayar hadapan untuk dipusing ke kiri dan ke kanan atau dinamakan sebagai steering tie rod. 

Tanda-tanda lazim kerosakan pada steering tie rod adalah bila kereta melalui jalan tidak rata akan terdapat satu bunyi longgar "kluk kluk kluk". Tapi bila melalui jalan biasa pula tiada bunyi kedengaran.   

Kerosakan pada steering tie rod sebenar amat berbahaya. Bahagian yang bersambung pada tayar kenderaan akan tercabut dan kenderaan tidak boleh di kawal sama sekali. (Pengalaman dengan seorang kawan yang tayar keretanya terpesong terus semasa mengambil selekoh, mujurlah tiada kenderaan dari hadapan).

Kerosakan yang berlaku kebiasaanya disebabkan oleh "wear and tear" pada bahagian ball joint setelah lama kereta digunakan. Berikut adalah barangan yang diperlukan kalau repair steering tie rod.

1. P.Steering Tie Rod -
   = Tie rod end : Part No.  53010-SX8-T01
   = C.B Joint : Part No. 53540-SX8-T01
2. Rubber Boot : Part No. 53534-SR3-N52


Kos anggaran pembaikan pula nanti di Update sebab kena cari resit dulu :)

Kalau hendak tukar perlu tukar sepasang. Jangan tukar sebelah.. Semasa hantar pada mekanik, sila pastikan yang mekanik buka skru pada lower Arm menggunakan tangan. Kalau menggunakan spanar tekanan angin mungkin boleh menyebabkan skru pengikat lower arm ke body longgar. Kalau dah longgar akibatnya kena belah body dan welding balik nut sebelah dalam body.

orait.. Nak cari resit dulu.. nanti update balik...





Tuesday, November 13, 2012

Honda City SX8 - Power Steering Leak Repair

Baru-baru ni nampak macam ada minyak bocor dekat power steering pump. Sistem "Power Steering" bagi SX8 dijana oleh pergerakan mekanikal enjin bagi menjalankan pam. Masalah bocor pada pam terjadi bila O-Ring rubber seal di dalam pam-pam ni keras. Berikut adalah masalah yang akan timbul kalau bocor.

  • Tali sawat (Timing belt, aircond belt dll) yang berada di bawah pam akan terkena minyak menyebabkan boleh kembang (bila panas) menyebabkan tali sawat longgar.
  • Kekurangan minyak power steering boleh menimbulkan fenomena steering lock (sebenarnya steering berat sebab minyak tiada) - Boleh menyebabkan punca kemalangan
Ada kesan bocor? Macam mana nak repair? Sebenarnya bergantung pada kondisi pam itu.
  • Hanya dapatkan pump repair kit - Terdiri daripada O-Ring rubber seal bagi power steering pump. Beli pump repair kit ini dan bawa pada pomen untuk tukar atau DIY (Kalau cukup alat).
  • Harga pagi pump repair kit ini dalam lingkungan RM 60.00 - 80.00. Boleh didapati di kedai alat ganti. Cuma pastikan dapatkan code name yang betul iaitu betul bagi Honda City SX8. Boleh juga pakai Honda Civic SH4 tapi ada satu O-Ring seal tak sama saiz (Dekat dengan hos masuk ke pam). 
  • Kalau bahagian mekanikal pam rosak. Perlu tukar satu pam. Harga pam di kedai potong dalam lingkungan RM 180.00 - 200.00. Tapi masih lagi kena tukar O-Ring seal sebab mungkin ada risiko bocor.
Jadi kos anggaran kalau tukar seal adalah lebih kurang seperti di bawah :

Power Steering pump repair kit = RM 60.00
Minyak Power Steering = RM 20.00
Upah = RM 30.00
Jumlah = RM 110.00

Kalau kena tukar pam (Tambah harga pam); 

Pam = RM 200.00
Jumlah = RM 330.00


Minyak Power Steering kurang dan tak ada kesan bocor pada pam?
  • Periksa hos dan sambungan hos.
  • Periksa di hujung berdekatan dengan steering rod. Di situ pun ada rubber seal. Harga repair kit bagi di     kawasan steering rod dalam anggaran RM 120.00 - 150.00.